Dasar Privasi

Kemas kini terakhir: 23 Disember 2025

goSolat menghormati privasi anda. Dasar Privasi ini menerangkan maklumat yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya, dan pilihan yang anda ada.

1. Maklumat Yang Kami Kumpul

a. Data yang disimpan pada peranti anda

Secara lalai, goSolat menyimpan maklumat berkaitan solat secara tempatan pada peranti anda sahaja. Ini termasuk:

  • Log solat
  • Jejak konsisten (streak)
  • Pengiraan (contoh: solat qada)

Data ini tidak dihantar ke pelayan kami.

b. Maklumat pilihan yang dikongsi

Beberapa ciri pilihan mungkin membolehkan pengguna untuk:

  • Kongsi status solat terhad
  • Sertai interaksi kumpulan kecil dan peribadi
  • Sumbang pandangan tanpa nama untuk kajian
Diterangkan dengan jelas sebelum digunakanDimatikan secara lalaiBenar-benar pilihan

c. Kajian & data tanpa nama (pilihan)

Pengguna boleh memilih untuk menyumbang data tanpa nama dan agregat bagi membantu kami mengkaji konsistensi solat dan menambah baik ciri.

  • Tidak mengandungi nama, emel atau pengecam
  • Tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti individu
  • Tidak pernah dijual atau digunakan untuk iklan

Data ini:

Penyertaan adalah sukarela dan boleh dihentikan.

2. Perkara yang Kami TIDAK lakukan

Jual data pengguna
Tayangkan iklan
Menjejak pengguna merentasi aplikasi lain
Membina profil tingkah laku
Akses butiran solat peribadi tanpa izin

3. Penyimpanan & Pemadaman Data

  • Data tempatan kekal pada peranti anda
  • Menyahpasang aplikasi membuang semua data tempatan
  • Sebarang data pilihan yang dikongsi boleh dibatalkan jika berkaitan

4. Perkhidmatan Pihak Ketiga

goSolat mungkin menggunakan perkhidmatan pihak ketiga yang penting untuk:

  • Fungsi aplikasi
  • Analitik (terkumpul, bukan peribadi)

Perkhidmatan ini tidak menerima data solat peribadi.

5. Perubahan pada Dasar ini

Jika dasar ini berubah:

  • Kami akan mengemas kini tarikh
  • Perubahan besar akan dimaklumkan dalam aplikasi

6. Hubungi Kami

Jika anda ada soalan tentang privasi:

📧support@gosolat.com